Lawatan_Uni_Perdana

 

Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) telah mengadakan satu lawatan rasmi ke Universiti Perdana yang terletak di Damansara Heights, Kuala Lumpur pada 21 Mei 2025 yang lalu. Lawatan ini diadakan bagi membincangkan cadangan kerjasama strategik yang dapat dijalankan yang boleh dimanfaatkan oleh kedua-dua organisasi secara khususnya dan industri peranti perubatan secara amnya.

 

Delegasi MDA diketuai oleh Puan Nashirah binti Naiimi, Ketua Cawangan Perancangan Strategik, Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, bersama empat orang pegawai lain dari bahagian yang sama. Ketibaan delegasi telah disambut mesra oleh wakil pengurusan tertinggi Universiti Perdana iaitu Puan Amita Nandi, Timbalan Naib Canselor dan Prof.Madya Ir. Dr. Malarvili Bala Krishnan, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan.

 

Semasa lawatan, kedua-dua pihak telah membentangkan berkaitan latar belakang, fungsi, dan aktiviti organisasi masing-masing. MDA turut berkongsikan inisiatif Innovative Medical Device Pathway Framework yang sedang dibangunkan, sebagai salah satu usaha untuk menggalakkan inovasi dalam sektor peranti perubatan negara.

 

Selain itu, sesi perbincangan mendalam telah diadakan bagi meneroka potensi kerjasama, termasuk pembangunan program latihan yang diperlukan dalam industri peranti perubatan serta pelaksanaan pengujian peranti perubatan bagi tujuan pra dan pasca pasaran. Kedua-dua pihak bersetuju bahawa usaha ini penting bagi memperkukuh ekosistem teknologi kesihatan negara yang semakin berkembang pesat dan menuntut kepakaran serta inovasi berterusan.

 

Inisiatif ini dilihat sebagai langkah proaktif dalam menyokong penyelidikan dan pembangunan modal insan yang dapat menyumbang secara langsung kepada kemajuan industri peranti perubatan tempatan.

 

Disediakan oleh : Unit Inter Agensi & Kolaborasi

Dimuatnaik oleh : Unit Komunikasi Korporat

Dimuatnaik pada : 23 Mei 2025