fas fa-search
KUNJUNGAN RASMI PHARMANIAGA KE MEDICAL DEVICE AUTHORITY (MDA)
Kunjungan Rasmi Pharmaniaga ke Medical Device Authority (MDA)
Medical Device Authority (MDA) telah menerima kunjungan rasmi daripada pihak Pharmaniaga pada 6 Mei 2025. Sesi lawatan ini telah dipengerusikan oleh Dr. Muralitharan Paramasua, Ketua Eksekutif MDA. Delegasi Pharmaniaga diketuai oleh Dr. Badarulhisam Abdul Rahman, Chief Science Officer, bersama barisan pegawai kanan iaitu Dr. Israfil Merican (Head of Biopharma and Patient Access Department), Dr. Mohd Syahir Ismail (Head of Medical Affairs), serta Encik Nor Hazman Ali (Head of Regulatory Affairs). Pihak MDA pula diwakili oleh Pengarah Bahagian Hubungan Antarabangsa dan Industri (BHAI), Puan Norlela; Pengarah Bahagian Kawalan dan Pra-Pasaran (BKPP), Puan Aidahwaty; Pengarah Bahagian Dasar, Puan Idamazura; Pengarah Bahagian Pasca Pasaran dan Penguatkuasaan (BPP), Encik Radhuan serta beberapa pegawai-pegawai MDA yang lain.
Dalam sesi mesyuarat ini, Pharmaniaga telah membentangkan latar belakang syarikat termasuk fasiliti penyelidikan dan pembangunan (R&D), operasi pembuatan serta logistik di Malaysia dan Indonesia. Selain itu, syarikat turut memperkenalkan beberapa produk kombinasi seperti Prefilled Syringe PAMERA dan Reusable Pen - Mypen2.
Dr. Muralitharan menzahirkan penghargaan kepada Pharmaniaga atas komitmen berterusan dalam memperkukuh sektor peranti perubatan negara. Lawatan ini diharap menjadi pemangkin kepada kolaborasi berimpak tinggi yang mampu memperkasa ekosistem industri peranti perubatan negara secara menyeluruh dan mampan.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |