fas fa-search
KUNJUNGAN HORMAT MDA KE CLINICAL RESEARCH MALAYSIA (CRM)
CYBERJAYA, 27 Mac 2025 - Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA), Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengadakan kunjungan hormat ke Clinical Research Malaysia (CRM) bertempat di Ibu Pejabat CRM, Kuala Lumpur. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan meneliti pembangunan polisi pentadbiran dalaman bagi memastikan pengurusan organisasi berjalan dengan lebih sistematik dan teratur seperti yang telah dibangunkan dan diamalkan di CRM.
Pasukan MDA telah diketuai oleh YBrs. Dr. Muralitharan Paramasua, selaku Ketua Eksekutif MDA diiringi oleh beberapa pegawai dari Unit Khidmat Pengurusan (UKP) dan Unit Kewangan, Akaun dan Hasil (UKAH).
Sesi perkongsian tersebut telah dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Akhmal bin Yusof, Ketua Eksekutif CRM, diiringi oleh Pengarah Khidmat Pengurusan dan barisan Pengarah Bahagian CRM.
Sesi penerangan dari pihak CRM dimulakan dengan taklimat asas berkenaan latar belakang organisasi dan pembangunan organisasi di CRM. Selain itu juga, pihak MDA telah didedahkan dengan persediaan, cabaran dan perubahan yang perlu dihadapi dalam membangunkan polisi pentadbiran dalaman.
Dimuatnaik pada : 9 April 2025