Cyberjaya, 17 Januari 2025 - Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS) melakukan kunjungan hormat ke Medical Device Authority (MDA). Delegasi Delegasi CKAPS yang diketuai oleh Dr. Mimi Zalwani binti Zakaria, Timbalan Pengarah CKAPS turut hadir bersama dengan 9 orang pegawai CKAPS.

Kunjungan Hormat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Muralitharan Paramasua, Ketua Eksekutif MDA dan turut dihadiri oleh Pn. Aidahwaty M. Olaybal, Pengarah Bahagian Kawalan Pra Pasaran MDA, Pn. Idamazura Idris, Pengarah Bahagian Pascapasaran dan Penguatkuasaan serta 8 orang pegawai MDA.

Objektif kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk mendapatkan maklumat serta mengadakan sesi perkongsian berkenaan proses pendaftaran dan pelesenan yang dilaksanakan oleh pihak MDA, termasuk pendekatan pre-consultation yang dijalankan terhadap pemohon sebelum mereka mengemukakan permohonan rasmi.

Kunjungan ini juga membuka ruang untuk perbincangan mengenai peningkatan kolaborasi antara kedua-dua agensi dalam memastikan standard keselamatan peranti perubatan yang digunakan sentiasa dipatuhi.

 

IMG_6003 IMG_6006
IMG_6016 IMG_6036
IMG_6042 IMG_6050