fas fa-search
MAJLIS AMANAT KETUA EKSEKUTIF MDA - WHAT'S BEYOND 2025
CYBERJAYA, 14 JANUARI 2025 - Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) telah menganjurkan Majlis Amanat Ketua Eksekutif MDA 2025 dengan membawa tema "What's Beyond 2025" pada 14 Januari 2025 bertempat di Ibu Pejabat MDA, Cyberjaya.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Ketua Eksekutif MDA, YBrs. Dr. Muralitharan Paramasua dan diserikan lagi dengan kehadiran Anggota MDA, YBrs. Encik Andy Lee Kuan Min.
Objektif majlis ini adalah untuk menyampaikan hala tuju Ketua Eksekutif bagi tahun 2025 serta sorotan pencapaian MDA selaku Badan Regulatori Peranti Perubatan bagi tahun 2024.
Majlis juga dihadiri oleh wakil-wakil daripada persatuan peranti perubatan, syarikat, establismen, serta wakil pengurusan tertinggi MDA.
Satu sesi soal jawab juga telah diadakan di antara Ketua Eksekutif MDA dan juga pihak industri sebagai inisiatif untuk penambahbaikan dalam struktur pengurusan pihak MDA pada masa hadapan.
Disediakan oleh : Muhammad Ammar Haziq , Unit Khidmat Pengurusan.