CYBERJAYA, 7 JANUARI 2025 - Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA), Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengadakan kunjungan hormat ke Majlis Perbandaran Sepang (MP Sepang) bertempat di Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Sepang, Cyberjaya. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan meneliti kaedah Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti Berteraskan Syariah MS 1900:2014 yang dijalankan di MP Sepang.

Pasukan MDA telah diketuai oleh Pn. Nashirah binti Naiimi, selaku Wakil Pengurusan Pensijilan ISO MDA diiringi oleh Pn. Nur Afifah binti Abdul Razak, Pegawai Syariah MDA serta barisan Ahli Jawatankuasa Pematuhan Syariah MDA.

Sesi perkongsian tersebut telah dipengerusikan oleh YM Raja Zulhelmi Bin Raja Saleh, Pengarah Jabatan Perbendaharaan, diiringi oleh barisan Pegawai Syariah dan Juruaudit Dalaman MP Sepang.

Sesi penerangan dari pihak MP Sepang dimulakan dengan taklimat asas berkenaan latar belakang organisasi dan skop pelaksanaan Pensijilan Syariah MS 1900: 2014 di MP Sepang. Selain itu juga, pihak MDA telah didedahkan dengan persediaan, cabaran dan perubahan yang perlu dihadapi bagi mendapatkan pensijilan.

MPSJANAR2.jpeg

 

JAN2025AR1.jpeg

 

MPSJANAR03.jpeg

Disediakan oleh: Nur Afifah binti Abdul Razak, Pegawai Syariah MDA.

 

 

Artikel dimuatnaik Oleh : Unit Komunikasi Korporat, MDA.

Dikemaskini: 13 Januari 2025 (Isnin)