Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia telah dianugerahkan Team of the Year - Government Organisation dalam Malaysia Management Excellence Awards 2024. Penghargaan ini diberikan atas usaha jitu yang ditunjukkan oleh MDA dalam mempertingkatkan kawalan pengawalseliaan peranti perubatan di Malaysia.

2b0c8c88-36c1-4b2a-b5b8-8d83756fd354.jpg 13a727b3-2807-414f-b3f8-0f8313e1d86c.jpg

 

Salah satu pencapaian utama MDA adalah pengurangan tempoh pendaftaran peranti perubatan. Proses yang sebelum ini mengambil masa antara dua hingga tiga bulan, kini dipendekkan kepada hanya 14 hingga 21 hari. Perubahan ini meningkatkan ketersediaan peranti perubatan penting dan meningkatkan kecekapan operasi MDA. Selain itu, MDA juga telah melaksanakan beberapa usaha transformasi digital seperti pembangunan Medcast 3.0, sijil pendaftaran digital, MDA Chatbot, dan Sistem BayarNow, yang bukan sahaja mempercepatkan proses tetapi juga mempermudahkan transaksi di antara pelanggan dengan MDA.

 

5a3f6932-9e31-4db6-aa20-f62dc51d957d.jpg b2f67538-cb4a-44db-878d-f36c221b9713.jpg

 

MDA turut memainkan peranan penting dalam mempromosikan peranti perubatan inovatif dengan memastikan pematuhan kepada piawaian keselamatan dan keberkesanan. Selain itu, MDA turut menyediakan sokongan kepada industri peranti perubatan dan memastikan inovasi mereka sejajar dengan keperluan pasaran. MDA juga aktif dalam platform global untuk menyelaraskan pengawalseliaan, menunjukkan komitmen terhadap amalan terbaik antarabangsa. Malaysia Management Excellence Awards 2024 mengiktiraf usaha MDA dalam memajukan industri peranti perubatan, yang akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.

 

b4106231-86dc-4525-befa-49f79555742d.jpg c3d27c77-4d21-4d72-b5f5-ab5f54aee08f.jpg