Serdang, 23 Oktober 2024 – Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA), Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengadakan kunjungan ke UPM-MTDC Technology Centre bertempat di Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. Kunjungan MDA tersebut bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan memahami fungsi MTDC dalam menggalakkan pengkomersilan inovasi-inovasi yang terhasil daripada aktiviti penyelidikan di Malaysia serta melihat ruang kerjasama yang boleh diwujudkan di antara dua agensi.

Kunjungan ini telah diketuai oleh Pn. Idamazura (Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik) dan turut dihadiri oleh sembilan orang pegawai yang terdiri daripada Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik (DASAR) dan Bahagian Hubungan Antarabangsa dan Industri (BHAI).

Sesi perkongsian tersebut telah dipengerusikan oleh Puan Tengku Nila Putri Tengku Ilham selaku Senior Vice President II, Technology Ecosystem Development Business Division dan turut dihadiri oleh wakil-wakil beliau yang berkongsi maklumat mengenai fungsi dan inisiatif yang dijalankan oleh MTDC dalam menggalakkan pembangunan dan pengkomersilan produk inovasi. Pihak MTDC juga memberi penerangan berkenaan inisiatif dan mekanisme bantuan di bawah National Technology & Innovative Sandbox (NTIS) yang diselaraskan oleh MTDC.

Selain itu, pihak MDA turut memberikan sedikit penerangan berkenaan inisiatif yang sedang dibangunkan bagi menggalakkan penyelidikan dalam bidang peranti perubatan serta pengkomersilan inovasi yang terhasil dari penyelidikan tersebut. MDA berpandangan, pengwujudan kerjasama dan perkongsian strategik dengan MTDC dapat meningkatkan kerberkesanan dalam pelaksanaan inisiatif-inisiatif ini dan seterusnya mencapai hasrat yang oleh kerajaan untuk memastikan pertumbuhan pesat dalam sektor peranti perubatan.

Disediakan oleh: Sofea Arina