fas fa-search
MALAYSIA PHARMA AND HEALTHCARE EXPO (MPHC) 2024
Program Malaysia Pharma and Healthcare Expo (MPHC) 2024 telah berlangsung pada 22 hingga 24 Oktober di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur. Program ini dianjurkan oleh ACE Group dan Genesis Global Exhibitions dengan sokongan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA), Kementerian Kesihatan Malaysia. Expo ini bertujuan untuk memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab utama industri penjagaan kesihatan serantau dengan mempromosikan produk inovatif, menjalin kerjasama perniagaan, dan menarik pelaburan dalam sektor peranti perubatan dan farmaseutikal.
Acara ini telah dirasmikan oleh YB Dato Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia. Turut hadir sebagai panel jemputan adalah Ketua Eksekutif MDA, Dr. Muralitharan Paramasua. Melalui program ini, beliau turut menekankan peranan Malaysia sebagai hab pelaburan dalam sektor peranti perubatan. Pihak MDA turut membuka reruai sepanjang expo ini untuk memudahkan interaksi dan menyediakan maklumat kepada pengunjung mengenai prosedur pendaftaran peranti perubatan dan turut mempromosikan program MDA yang akan datang iaitu “International Medical Device Exhibition and Conference (IMDEC)”.