fas fa-search
KUNJUNGAN HORMAT DI JABATAN SIASATAN JENAYAH (JSJ) PEJABAT POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)
BUKIT AMAN, 10 Januari 2024 - Pihak Berkuasa Peranti Perubatan telah mengadakan satu Kunjungan Hormat di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pejabat Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
Kunjungan Hormat ini telah dipengerusikan oleh CP Dato' Sri Mohd Shuhaily bin Mohd Zain, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah.
Objektif kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk memantapkan dan mengukuhkan strategi pemantauan dan penguatkuasaan MDA.
Justeru itu, kerjasama ini dilihat dapat membantu MDA dalam membanteras dan menyelesaikan lebih banyak isu-isu mengenai sindiket penjualan peranti perubatan yang tidak berdaftar, sekaligus memperkenalkan Akta 737 kepada jabatan-jabatan kementerian dan meningkatkan pengetahuan dan informasi kepada mereka mengenai kepentingan membeli peranti perubatan yang telah berkelulusan dan diiktiraf oleh MDA.