Satu Lawatan Kerja MDA Bersama Dengan Industri Peranti Perubatan Malaysia telah diadakan pada 17 – 22 November 2023 di Republik Czech.

Tujuan lawatan kerja ini diadakan adalah untuk membincangkan kerjasama dua hala antara MDA dengan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan di negara Republik Czech dan memeterai ikatan kerjasama dengan pihak berkuasa berkenaan bagi memudahcara industri peranti perubatan di samping mengetengahkan dan memperkenalkan industri peranti perubatan ke pasaran Eropah.

Delegasi diketuai oleh Ketua Eksekutif MDA, Dr. Muralitharan Paramasua diiringi seorang pegawai dari MDA, 2 orang dari Kedutaan Malaysia di Republik Czech yang terdiri daripada Duta Besar Malaysia ke Republik Czech, H.E. Cik Suzilah binti Mohd Sidek, Kaunselor Kedutaan Malaysia di Republik Czech, wakil Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), wakil Persatuan Pengilang-pengilang Peranti Perubatan Malaysia (PERANTIM), dan wakil industri peranti perubatan yang terdiri daripada syarikat Star Medik Sdn Bhd dan Kumpulan Polyplas Sdn. Bhd.

Lawatan kerja ini telah memberikan impak yang positif melalui kerjasama yang telah dijalinkan antara kedua-dua negara dalam pengharmonian dan pengiktirafan pensijilan peranti perubatan MDA, bidang latihan serta perkongsian kepakaran di samping membuka peluang pasaran dan memudahcara industri peranti perubatan memasuki pasaran Eropah melalui Republik Czech.

Diharap usaha MDA ini dapat dimanfaatkan dengan sewajarnya dan peluang ini dapat mengembangkan perniagaan industri peranti perubatan di Malaysia seterusnya meningkatkan pembangunan ekonomi negara.

LAWATAN_KERJA_MDA_BERSAMA_DENGAN_INDUSTRI_PERANTI_PERUBATAN_MALAYSIA_KE_REPUBLIK_CZECH_2 LAWATAN_KERJA_MDA_BERSAMA_DENGAN_INDUSTRI_PERANTI_PERUBATAN_MALAYSIA_KE_REPUBLIK_CZECH LAWATAN_KERJA_MDA_BERSAMA_DENGAN_INDUSTRI_PERANTI_PERUBATAN_MALAYSIA_KE_REPUBLIK_CZECH
LAWATAN_KERJA_MDA_BERSAMA_DENGAN_INDUSTRI_PERANTI_PERUBATAN_MALAYSIA_KE_REPUBLIK_CZECH LAWATAN_KERJA_MDA_BERSAMA_DENGAN_INDUSTRI_PERANTI_PERUBATAN_MALAYSIA_KE_REPUBLIK_CZECH LAWATAN_KERJA_MDA_BERSAMA_DENGAN_INDUSTRI_PERANTI_PERUBATAN_MALAYSIA_KE_REPUBLIK_CZECH