fas fa-search
LAWATAN KE EMERGENCY CARE RESEARCH INSTITUTE (ECRI) BERHAD
12 Oktober 2023 - MDA telah mengadakan satu sesi lawatan ke Emergency Care Research Institute (ECRI) Berhad bertempat di Wisma Consplant 2, Subang.
Seramai 22 orang pegawai yang terdiri daripada pegawai BPP, BHAI dan DASAR terlibat dalam sesi tersebut.
Dalam sesi ini, pegawai-pegawai didedahkan dengan maklumat berkaitan latar belakang penubuhan dan fungsi yang dijalankan oleh pihak ECRI.
Para pegawai juga turut dibawa ke makmal pengujian peranti perubatan di ECRI bagi melihat kemudahan yang tersedia bagi menjalankan fungsi mereka.
Menurut ECRI, pengujian terhadap peranti perubatan dijalankan untuk menguji tahap keselamatan dan keberkesanan peranti yang sudah diletakkan di pasaran, di mana maklumat tersebut boleh diguna pakai sebagai rujukan bagi melaksanakan aktiviti pasca-pasaran oleh MDA dan perolehan peranti perubatan oleh fasiliti kemudahan kesihatan seperti hospital.
Sesi lawatan tersebut berakhir pada jam 1 tengah hari.
Dikemaskini: 18 Oktober 2023