12 September 2023 - Sesi pertemuan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah berlangsung di Kompleks Islam Putrajaya. Sesi tersebut telah dihadiri oleh beberapa orang pegawai daripada JAKIM yang diketuai oleh En. Mohd Suhaimi Bin Mohd Yusof, Pengarah Bahagian Maqasid Syariah dan juga Dr. Wan Nadzirah Binti Wan Mohamad serta pegawai-pagawai daripada Cawangan Pembangunan Maqasid iaitu Dr. Taqwa Binti Zabidi dan Puan Norfaiezah Binti Mohd Zainal.

MDA diwakili oleh pegawai-pegawai daripada Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik (DASAR) iaitu Puan Nashirah bt Naiimi selaku Ketua Cawangan Perancangan Strategik dan juga Puan Maryam Nazeera bt Suhaimi daripada Unit Penyelarasan Perancangan Strategik.

Perbincangan ini diadakan bagi mendapatkan penjelasan lanjut dan nasihat berkenaan perlaksanaan Maqasid Syariah khususnya dalam kerangka tadbir urus organisasi.

 

WhatsApp_Image_2023-09-15_at_11.50.12_AMWhatsApp_Image_2023-09-15_at_11.50.12_AM_1WhatsApp_Image_2023-09-15_at_11.50.12_AM_2