19 Mei 2023 (Jumaat) – Satu sesi perjumpaan telah diadakan antara Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) bersama YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia yang baharu. Sesi tersebut turut dihadiri oleh Dr. Muralitharan Paramasua, Ketua Eksekutif MDA, serta beberapa pegawai MDA yang lain.

Perjumpaan ini bertujuan untuk memberi penerangan dan pengenalan tentang MDA sebagai badan kawalselia peranti perubatan di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa. Selain itu, perkara-perkara lain juga turut dibincangkan antaranya ialah pengenalan Anggota Pihak Berkuasa Peranti Perubatan, penguatkuasaan, sumber manusia dan juga kewangan.

 

WhatsApp_Image_2023-05-23_at_2.40.18_PM_5WhatsApp_Image_2023-05-23_at_2.40.18_PM_4WhatsApp_Image_2023-05-23_at_2.40.18_PM_3

WhatsApp_Image_2023-05-23_at_2.40.18_PM_2WhatsApp_Image_2023-05-23_at_2.40.18_PM_1WhatsApp_Image_2023-05-23_at_2.40.18_PM