fas fa-search
AKTIVITI PENGAWASAN PASARAN OLEH MEDICAL DEVICE AUTHORITY (MDA) DI SEKITAR PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN
15 November 2022 - Satu aktiviti pengawasan pasaran telah dijalankan terhadap farmasi-farmasi di sekitar Port Dickson. Pemeriksaan ini adalah bertujuan bagi memastikan hanya peranti perubatan yang berdaftar berada dalam pasaran selaras dengan Seksyen 5 Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737).
Sebanyak sepuluh farmasi telah diperiksa oleh seramai tiga orang pegawai Unit Pemantauan, Bahagian Pascapasaran dan Penguatkuasaan, Pihak Berkuasa Peranti Perubatan. Empat daripada sepuluh farmasi telah didapati meletakkan dalam pasaran peranti perubatan yang tidak berdaftar. Antara peranti yang disemak ialah sarung tangan examination, termometer dan lanset darah.
Pihak farmasi dan orang awam dinasihatkan untuk sentiasa menyemak status pendaftaran peranti perubatan di sistem carian Medical Device Authority Register (MDAR) sebelum membuat sebarang pembelian dan penjualan.