14 Oktober 2022 - Satu mesyuarat bagi membincangkan cadangan berkenaan dokumen panduan “Change Notification for Registered Medical Devices” dan “Requirements for Labelling of Medical Devices” di antara MDA dan wakil dari industri telah diadakan di Pejabat MDA.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Eksekutif MDA, YBrs. Tuan Ahmad Shariff bin Hambali dan turut hadir adalah pegawai – pegawai dari MDA. Seramai 12 orang wakil dari industri telah hadir bagi memberikan input dan pandangan berkenaan dokumen panduan yang dibangunkan oleh MDA ini. Mesyuarat telah dilaksanakan dengan lancar dan perkara yang dicadangkan oleh pihak industri telah dibincangkan dalam mesyuarat ini.

Penulis: Anis Suhaila Bt Abdul Rahman Fuad

 

IMG 0938IMG 0931

IMG 0925IMG 0930