fas fa-search
LATIHAN AKTIVITI PENGUATKUASAAN BERSAMA POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) DI SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (MCMC), CYBERJAYA.
4 – 6 OKTOBER 2022: Sedang berlangsung satu taklimat berkaitan dengan Latihan Aktiviti Penguatkuasaan Bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertempat di bilik Auditorium, Centre of Excellence, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Cyberjaya.
Taklimat ini disampaikan oleh dua pegawai PDRM iaitu DSP Yong Soun Lian dan ASP Muhammad Hafez bin Abd Halim yang menerangkan tentang Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737) untuk tujuan kerja penguatkuasaan MDA.
Pegawai-pegawai dari MDA diwakili oleh Puan Idamazura bt idris Pengarah Bahagian Pasca pasaran dan Penguatkusaan (BPPP), Pegawai-Pegawai bahagian pemantauan dan penguatkuasaan serta kakitangan MDA yang berkaitan.