26-27 September 2022 - YBrs Encik Ahmad Shariff Bin Hambali, Ketua Eksekutif MDA telah hadir secara dalam talian dan menjadi ahli panel bagi program "MedTEch Forum 2022" yang telah diadakan di Singapura. Forum yang dianjurkan oleh APACMed yang diadakan selama dua hari tersebut telah menghimpunkan Pihak Berkuasa dan pihak industri dalam bidang peranti perubatan dari pelbagai negara bagi perkongsian visi berkaitan masa hadapan pesakit.

Melalui forum tersebut, pelbagai topik menarik berkaitan peranti perubatan telah dibincangkan seperti ‘Patient-Centric Care Models’, ‘Enabling Patient-Centered Approaches Through Connected Care’, ‘Patient Access via New Business Models’, ‘Protecting & Empowering the Patient’, ‘COVID-19 Reflections and the Path Forward for Patients’, ‘Barriers Preventing Patient Futures’ Progress’, ‘What Works in Achieving the Patient Futures 2025 Vision’, ‘Public Policy & Market Access Summit’, ‘Regulatory Affairs Summit’ dan ‘Networking Summit’.

YBrs Encik Ahmad Shariff selaku ahli panel telah memberikan perkongsian bagi slot ‘Emerging Trends and Fit for Purpose Regulations for New and Innovative Technologies’ dan ‘SAMD Regulations Roundtable’. Forum ini juga turut membincangkan perkembangan dalam usaha penyelarasan kawalselia peranti perubatan di peringkat antarabangsa sewaktu situasi kecemasan bagi memudahkan akses peranti perubatan kepada pesakit.

Penulis: Muhammad Marwan Bin Anoor

 

WhatsApp Image 2022 10 03 at 09.51.38 1

WhatsApp Image 2022 10 03 at 09.51.37WhatsApp Image 2022 10 03 at 09.51.38 2