fas fa-search
PENGUMUMAN PEMBATALAN KELULUSAN BERSYARAT (CONDITIONAL APPROVAL) KIT UJIAN KENDIRI COVID - 19
Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) telah membatalkan kelulusan bersyarat bagi kit ujian kendiri Covid-19 seperti yang berikut:
No. |
Establismen |
Maklumat Kit Ujian |
1. |
Innovac Technology Sdn. Bhd. |
COVID-19 (SARS-CoV-2) Antigen Test Kit (Colloidal Gold)-Saliva Pengilang: Anhui Deepblue Medical Technology Co., Ltd.P.R China |
2. |
Conan Medical Technology Berhad |
Wiz Biotech SARS-CoV-2 Antigen Rapid Test (Nasal swab) Pengilang: Xiamen Wiz Biotech Co. Ltd., P.R.China |
3. |
Multiplex Enterprise |
Eagle Bio SARS-CoV-2 Antigen IVD Kit Lollipop (Self Testing) Pengilang: Shenzhen Reagent Technology Co., Ltd. P.R. China |
Pembatalan ini dibuat kerana establismen tersebut telah gagal mematuhi syarat kelulusan yang diberikan oleh MDA dan berkuat kuasa SERTA-MERTA. MDA juga ingin menasihatkan pengguna agar tidak membeli atau menggunakan kit ujian kendiri Covid-19 yang tidak mematuhi keperluan MDA kerana dikhuatiri tidak selamat untuk digunakan.
Poster : PEMBATALAN CONDITIONAL APPROVAL KIT UJIAN KENDIRI COVID-19
Dikemaskini : 19 Julai 2022