fas fa-search
IVD Test Kit Untuk Kegunaan Profesional
IVD Test Kit untuk kegunaan profesional
Berdasarkan syarat-syarat pendaftaran peranti perubatan menyatakan bahawa peranti perubatan yang diniatkan bagi kegunaan profesional hanya boleh dibekalkan untuk kegunaan profesional perubatan sahaja dan tidak boleh diletakkan di pasaran bagi kegunaan orang awam.
Oleh itu, IVD test kit yang diniatkan bagi kegunaan profesional seperti yang dinyatakan dalam arahan penggunaan peranti perubatan (IFU) tidak boleh dibekalkan dan diletakkan di pasaran bagi kegunaan orang awam seperti yang dinyatakan pada syarat-syarat pendaftaran. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk syarat-syarat pendaftaran.