fas fa-search
TEST KIT COVID - 19 JENAMA WONDFO DIKECUALIKAN DARIPADA PENDAFTARAN
Untuk makluman, COVID-19 test kit brand Wondfo ini telah dikecualikan daripada pendaftaran melalui Special Access bagi menangani wabak COVID-19 yang semakin menular di negara kita.
Walau bagaimanapun, peranti ini adalah untuk kegunaan profesional (professional use) iaitu kakitangan di makmal-makmal kesihatan dan hospital dan bukan kegunaan orang awam (home use) sebagaimana yang dinyatakan di dalam arahan penggunaan (instruction for use).
Tambahan lagi, Pihak Berkuasa melarang mana-mana peranti perubatan yang telah mendapat pengecualian melalui special access diiklankan dan dijual secara umum. Pejualan dan pengiklanan secara umum peranti yang dikecualikan ini adalah pelanggaran kepada Seksyen 5(1) dan 44(1) yang boleh menyebabkan mana-mana orang yang melakukan kesalahan, didenda tidak melebihi RM200,000 bagi kesalahan menjual dan RM300,000 bagi kesalahan mengiklan atau penjara bagi tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.