fas fa-search
PEMAKLUMAN BERKENAAN PENGGUNAAN UJIAN KIT MALARIA
Pemakluman ini merujuk kepada notis pemberitahuan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 31 Mac 2025 berkaitan dengan kit ujian malaria. WHO telah menerima laporan bahawa beberapa kit ujian malaria menunjukkan garisan ujian positif yang samar pada pesakit yang disahkan menghidap malaria. Isu ini melibatkan negara-negara yang menggunakan kit ujian berkenaan.
Sehubungan itu, Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) menyarankan agar semua pihak establismen memberi perhatian serius terhadap perkara ini dengan melaksanakan tanggungjawab pascapasaran masing-masing termasuk memastikan prestasi dan keselamatan ujian kit tersebut. Di samping itu, para pengguna dinasihatkan supaya mengendalikan kit ujian malaria mengikut saranan yang telah ditetapkan dalam notis pemberitahuan WHO.
Maklumat lanjut berkaitan notis pemberitahuan WHO boleh dirujuk melalui pautan ini: https://www.who.int/news/item/31-03-2025-who-information-notice-for-users-of-malaria-ivds-2025-1
Dimuatnaik pada : 15 Mei 2025
Dimuatnaik oleh : Unit Komunikasi Korporat
Disediakan oleh: Unit Vigilan, Bahagian Pascapasaran dan Penguatkuasaan