fas fa-search
PENGUMUMAN PERALIHAN KEPADA PROSES PERMOHONAN IKLAN SECARA DALAM TALIAN
PENGUMUMAN
PERALIHAN KEPADA PROSES PERMOHONAN IKLAN SECARA DALAM TALIAN
Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa mulai 1 Mac 2025, proses permohonan iklan peranti perubatan akan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian melalui Google Form. Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan, memperkemas penghantaran, dan memperbaiki proses kerja secara keseluruhannya.
- Penghantaran Dalam Talian: Semua permohonan untuk mendapatkan kelulusan iklan hendaklah dihantar melalui Google Form yang akan bermula pada 1 Mac 2025. Ini akan memastikan proses yang lebih teratur dan mudah diakses.
- Notifikasi Melalui Emel: Surat kelulusan iklan akan hanya dihantar terus kepada pemohon melalui alamat emel yang diberikan dalam borang permohonan. Sila ambil perhatian bahawa salinan keras tidak akan lagi dihantar melalui pos.
Kami menggalakkan semua pemohon untuk bersiap sedia menghadapi peralihan ini dan membiasakan diri dengan proses penghantaran dalam talian yang baru. Maklumat lanjut dan arahan akan diberikan menjelang tarikh pelaksanaan.Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan, sila hubungi pasukan sokongan kami di 03-82300 352 / 214 / 250 atau email kepada advertisement@mda.gov.my.
Untuk maklumat lanjut dan mengakses borang Google, sila klik di sini.
-------------------------------------------------
ANNOUNCEMENT
TRANSITION TO FULLY ONLINE ADVERTISEMENT APPLICATION PROCESS
The Medical Device Authority (MDA) is excited to announce that starting 1st March 2025, the application process for advertisements will be conducted entirely online through Google Forms. This initiative aims to enhance efficiency, streamline submissions, and improve the overall experience for applicants.
- Online Submission: All applications for advertisement must be submitted via the designated Google Form starting 1st March 2025. This will ensure a more organized and accessible process.
- Email Notifications: Upon approval, the advertisement approval letter will be sent directly to the email address provided in the application form. Please note that hard copies will no longer be mailed out.
We encourage all applicants to prepare for this transition and familiarize themselves with the new online submission process. Further information and instructions will be provided closer to the implementation date. For any questions or assistance, please contact our advertisement team at 03-82300 352 / 214 / 250 or email to advertisement@mda.gov.my.
For more information and to access the Google Form, please visit here.
Dimuatnaik pada : 4 Februari 2025
Oleh : Unit Komunikasi Korporat