IMG_100.jpeg

KENYATAAN MEDIA

PRESS RELEASE

 

INSENTIF POTONGAN CUKAI PENDAPATAN BAGI SUMBANGAN KEPADA PENGANJURAN MESYUARAT TAHUNAN GLOBAL HARMONIZATION WORKING PARTY (GHWP) KALI KE-28 DAN INTERNATIONAL MEDICAL DEVICE EXHIBITION AND CONFERENCE 2024

(IMDEC 2024)

 

CYBERJAYA, 2 DISEMBER 2024 – Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) telah meluluskan Mesyuarat Tahunan Global Harmonization Working Party (GHWP) Kali Ke-28 dan International Medical Device Exhibition and Conference 2024 (IMDEC 2024) yang akan diadakan mulai 9 Disember 2024 hingga 12 Disember 2024 sebagai satu projek berkepentingan nasional.

Sebagai tanda penghargaan dan bagi menggalakkan rakyat memberikan sumbangan mereka, MDA ingin mengumumkan bahawa insentif potongan cukai di bawah subseksyen 44(11C), Akta Cukai Pendapatan 1967 akan diberikan kepada setiap penaja yang memberikan wang tunai sebagai tajaan bagi tujuan penganjuran  Mesyuarat Tahunan GHWP kali Ke-28 dan IMDEC 2024.

Insentif yang disediakan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 oleh Kerajaan adalah potongan cukai pendapatan sebanyak 10% daripada pendapatan agregat bagi maksud pengiraan cukai pendapatan mulai 1 September 2024 hingga 12 Disember 2024 dan jumlah keseluruhan sumbangan dihadkan kepada RM800,000 sahaja.

Pembayar cukai yang memberikan tajaan dinasihatkan supaya menyimpan rekod transaksi sebagai bukti dan sila pastikan resit/dokumen disimpan dengan rapi untuk dijadikan sebagai rujukan semasa membuat tuntutan pengiraan cukai pendapatan dan semakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Orang ramai dinasihatkan untuk berhubung terus dengan MDA sebelum membuat sebarang sumbangan bagi mengelakkan penipuan. Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini boleh dimajukan kepada urusetia Mesyuarat Tahunan GHWP kali Ke-28 dan IMDEC 2024 di talian 014-3137337 atau e-mel norfazlin@mda.gov.my / nursyafinaz@mda.gov.my.

 

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA)

2 Disember 2024

 

Hubungi:

Ahmad Farhan bin Mohd Yunus

Ketua Unit Komunikasi Korporat

Telefon: 03 – 8230 0308

Email : corporatecomm@mda.gov.my

Portal Rasmi: mda.gov.my

 

Klik pautan untuk paparan dokumen PDF:  KENYATAAN MEDIA