fas fa-search
PERANTI PERUBATAN TIDAK BERDAFTAR DALAM PASARAN
PERANTI PERUBATAN TIDAK BERDAFTAR DALAM PASARAN
Dalam memastikan pengguna peranti perubatan di Malaysia selamat dan terjaga, Pihak Berkuasa Peranti Perubatan [Medical Device Authority (MDA)] secara berterusan melaksanakan pengawasan pasaran. Selain daripada itu, MDA juga memastikan peranti perubatan yang tersedia dalam pasaran Malaysia hanya yang berdaftar dan dari sumber yang berlesen.
Sepanjang aktiviti ini dijalankan, MDA menemukan beberapa peranti perubatan tidak mempunyai pendaftaran yang sah berada di pasaran (rujuk Jadual 1). Oleh itu, orang awam serta pengamal perubatan dinasihatkan supaya tidak membeli dan menggunakan peranti perubatan seperti di dalam Jadual 1.
Penggunaan peranti perubatan yang tidak berdaftar ini amatlah berisiko kerana keselamatan serta prestasi peranti perubatan tersebut tidak dapat disahkan. Sehubungan dengan itu, orang awam dan pihak terlibat digalakkan untuk menyemak status pendaftaran sesuatu peranti perubatan dahulu sebelum membeli. Semakan tersebut boleh dibuat dengan mengisikan nama, jenama, atau nombor pendaftaran peranti yang tertera pada label di pautan https://mdar.mda.gov.my.
Semua syarikat termasuklah peruncit juga diingatkan supaya tidak menjual peranti perubatan yang tidak berdaftar bagi mengelakkan sebarang tindakan penguatkuasaan dikenakan. Penjualan atau pengedaran peranti perubatan yang tidak berdaftar merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 5, Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737) yang boleh mengakibatkan apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM200,000.00 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Sesiapa yang terjumpa peranti perubatan tidak berdaftar dalam pasaran boleh membuat aduan menerusi MDA Feedback Management System (FEMES) di pautan https://femes.mda.gov.my.
MEDIMASK DISPOSABLE SURGICAL MASK
Bil. |
Gambar Peranti Perubatan |
Maklumat Peranti Perubatan |
1 |
RBE Latex Medical Examination Glove |
|
2 |
Globeguard Disposable Examination Gloves |
|
3 |
Peti pertolongan cemas jenama All Day Pharmacy |
|
4 |
- |
- |
5 |
Rapid Heal Fever Strip Forehead Thermometer |
|
6 |
Digital Thermometer |
|
7 |
Formaster New Coronavirus (Covid-19) Antigen Rapid Test |
|
8 |
Infrared Thermometer 8826 |
|
9 |
Lumacare Thermofe Thermometer |
|
10 |
Rapid Heal Surgical Tape |
|
11 |
Heromed Medical Pressure Regulator |
|
12 |
Pure Crystal Nitrile Examination Gloves |
|
13 |
Blood Pressure Monitor Upper Arm Type |
|
14 |
Non-Contact Forehead Infared Thermometer Im-9001 |
|
15 |
INFARED THERMOMETER 8826 |
|
16 |
Sifone Digital Talking Thermometer (YRK-002A) |
|
17 |
Klaus Digital Ear And Forehead Thermometer |
|
18 |
Glovemas Latex Powder Free Examination Gloves |
|
19 |
Quebee Non Sterile Examination Gloves |
|
20 |
Mer’s Forehead Thermometer |
|
21 |
Bioaids Digital Forehead Thermometer |
|
22 |
|
ICON PROTECTIVE DINO SERIES 3D KN95 SURGICAL FACE MASK |
23 |
|
HOT AND COLD GEL PACK
|
24 |
|
PITCHY LENS
|
25 |
|
CONTACT LENS LOVELY |
26 |
|
EYESHARE COLOR SOFT CONTACT LENSES |
27 |
|
KANTA LEKAP KOSMETIK TIADA JENAMA |
28 |
|
GOLDTEX KINESIOLOGY TAPE
|
29 |
|
FLAMINGO COOL EYES |
30 |
|
AMST GLOVE DISPOSABLE EXAMINATION GLOVE |
31 |
|
EKOPLAST FEVER COOLING PATCH |
32 |
|
DYNAMIC ONE STEP RAPID TEST PREGNANCY TEST |
|
DWP SOFTRIL (SOFT NITRILE POWDER FREE EXAMINATION GLOVES) NON STERILE |
|
33. |
|
ALINA MEDICAL COMPRESSION STOCKING |
34. |
|
OPPO SILICONE HEEL CUSHIONS |
35. |
|
MR. ING SINGAPORE KF94 4PLY MEDICAL KIDS MASK |
36. |
|
DEMOTEK LATEX EXAMINATION GLOVES |
37. |
|
BLOOD LANCETS (TIADA JENAMA) |
38. |
- |
- |
39. |
|
GENIAL DIGITAL THERMOMETER T14SL |
40. |
BLOOD LANCET KOTAK KUNING (TIADA JENAMA) |
|
41. |
|
HCG PREGNANCY TEST |
42. |
|
EZI EXAMINATION GLOVE |
43 |
|
MEDICAL FACE MASK (TIADA JENAMA) |
44. |
|
SPORTSTAPE KINESIOLOGY TAPE |
45. |
|
MEDIMASK DISPOSABLE SURGICAL MASK |
46. |
|
INTCO SYNMAX VINYL EXAM GLOVES |
47. |
|
EAGLE BIO SARS-CV-2 (COVID-19) ANTIGEN IVD KIT LOLLIPOP DAN PEACE CONDOM |
48. |
|
PROMEDIC NITRILE EXAMINATION GLOVES |
49. |
|
ELEFBEBE ELECTRIC NASAL ASPIRATOR |
Jadual 1: Senarai Peranti Perubatan Tidak Berdaftar Dalam Pasaran Malaysia
Dikemaskini: 1 September 2023