22 Julai 2022 – MDA telah menerima kunjungan rasmi daripada Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE). Delegasi MATRADE diketuai oleh Encik Khairul Annuar Abdul Halim iaitu Pengarah Kanan, Bahagian Transformasi dan Perdagangan Digital, MATRADE. Mesyuarat dipengerusikan oleh En Ahmad Shariff Hambali, Ketua Eksekutif MDA dan turut dihadiri pegawai-pegawai dari Bahagian Dasar, Hubungan Antarabangsa dan Fasiliti Industri. 

Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan kerjasama di antara MATRADE dan MDA terutama di dalam penganjuran program kolaborasi serta aktiviti pembangunan pengeksport Malaysia serta meninjau peluang bagi memperkukuhkan usahasama di antara MATRADE dan MDA untuk bersama-sama memacu dan merancakkan aktiviti eksport negara. Selain itu, MDA turut membuat perkongsian berkenaan proses pengeluaran Sijil Jualan Bebas (CFS) oleh MDA.

 

IMG 8456IMG 8351IMG 8331IMG 8346IMG 8334IMG 8391IMG 8369IMG 8390IMG 8427IMG 8444