Kota Kinabalu - 1 jun 2022: Satu program promosi kesedaran kepada pengguna Akta Peranti Perubatan 2012 telah diadakan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu Sabah.

Selain itu, program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan berkaitan kawalan peranti perubatan ke atas pengurusan penyelenggaraan, penggunaan dan pelupusan peranti perubatan di hospital-hospital kerajaan termasuk pusat perubatan swasta di Malaysia di bawah Akta 737 (Akta Peranti Perubatan) dan Akta Pihak Berkuasa Peranti Perubatan 2012 (Akta 738).

Dalam pada itu, program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran dari jabatan kesihatan negeri, hospital-hospital, pejabat kesihatan daerah, pejabat pergigian daerah dan makmal kesihatan awam di negeri Sabah.

 

781

5 EDIT6 EDIT4 EDIT