KUANTAN - 18 Mei 2022: Pasukan Pemantauan dan Penguatkuasaan telah menjalankan pemeriksaan di premis-premis dan fasiliti-fasiliti kesihatan di kawasan sekitar daerah Kuantan, Pahang.

Pemeriksaan yang dijalankan adalah di bawah Seksyen 5, Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737).

Selain itu juga, misi tersebut adalah untuk meninjau dan memantau kepatuhan peranti perubatan kepada kehendak pelabelan yang betul.

Menerusi pemantauan di lokasi tersebut, Pihak MDA telah membuat pemeriksaan berfokus kepada peranti perubatan kit ujian pantas covid 19, pengimbas suhu, oximeter dan pelitup muka.

Antara premis yang telah dipantau oleh Pasukan Pemantauan dan Penguatkuasaan adalah seperti Mydin, TMG Mart dan Farmasi Planet Medik.

 

 3 EDITED    4 EDITED

 

1 EDITED    8 EDITED