fas fa-search
PERUJUK BAHASA PIHAK BERKUASA PERANTI PERUBATAN
10 September 2021 – Seorang wakil daripada Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (PBPP) iaitu Puan Norshafina binti Sahinin telah menduduki Ujian Pemantapan Bahasa, Kursus Pembinaan Munsyi Muda Bahasa Tahun 2021.
Beliau yang juga merupakan Penolong Pengarah di Cawangan Pemantauan, Pengawasan dan Penguatkuasaan telah LULUS dalam ujian tersebut sekaligus melayakkan beliau menjadi Perujuk Bahasa di PBPP.
Pengurusan PBPP mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan sekalung tahniah di atas pencapaian beliau. Semoga terus sukses dan kekal proaktif dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberi.