fas fa-search
TINJAUAN PEMERIKSAAN PENJUALAN SELF TEST KIT COVID - 19 DI PREMIS-PREMIS BUKAN FARMASI DAN FASILITI KESIHATAN
Satu pemeriksaaan Kit Ujian Kendiri COVID -19 telah dibuat oleh Pasukan Pemantauan dan Penguatkuasaan MDA di beberapa premis sekitar kawasan Sri Hartamas, Seri Kembangan, Gombak dan Sentul.
Daripada pemeriksaan tersebut didapati salah sebuah premis BUKAN farmasi atau fasiliti kesihatan yang berlesen telah menjual Kit Ujian Kendiri COVID -19 (Ujian Sendiri) dan satu RAMPASAN terus dilakukan di premis berkenaan.