CYBERJAYA, 11 Januari 2021 – Pihak Berkuasa Peranti Perubatan telah mengadakan Program Retreat MDA Bersama Anggota PBPP Bahagian II, susulan daripada program retreat yang pertama pada 28 Oktober 2020. Program ini diadakan  dengan tujuan untuk mendapatkan kesepakatan dalam menyelesaikan pelbagai isu-isu dalaman dan luaran organisasi bagi memastikan organisasi PBPP lebih cemerlang di masa hadapan.

 

unnamed

 

Program Retreat MDA ini dihadiri seramai 17 orang kakitangan PBPPdisertai oleh 3 orang Anggota PBPP dan bermula pada jam 10.00 pagi melalui aplikasi Zoom Meeting.

 

2

 

Dengan adanya program seperti ini ianya menjadi platform efektif yang membuka ruang dan peluang kepada setiap kakitangan untuk melontarkan pandangan, berkongsi idea serta bersama-sama mencari penyelesaian kepada isu-isu yang timbul.