fas fa-search
RETREAT MDA MEDICAL DEVICE AUTHORITY BAGI TAHUN 2020
CYBERJAYA, 17 September 2020 – Pihak Berkuasa Peranti Perubatan telah mengadakan Program Retreat MDA dengan tujuan untuk mendapatkan kesepakatan dalam menyelesaikan pelbagai isu-isu dalaman dan luaran organisasi bagi memastikan organisasi PBPP lebih cemerlang di masa hadapan.
Program Retreat MDA ini dihadiri seramai 82 orang kakitangan PBPP dan diadakan selama satu hari bermula pada Jam 10.00 pagi dan berakhir pada Jam 6.00 petang diadakan di Bangunan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan, Prima 9, Cyberjaya.
Dengan adanya program seperti ini ianya menjadi platform efektif yang membuka ruang dan peluang kepada setiap kakitangan untuk melontarkan pandangan, berkongsi idea serta bersama-sama mencari penyelesaian kepada isu-isu yang timbul.