fas fa-search
JOM SEMUA KITA MEMERIAHKAN EXPORT DAY 2018!!!
KUALA LUMPUR: Organisasi perdagangan-perdagangan Malaysia iaitu, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), telah meraikan sumbangan pengeksport Malaysia pada Hari Eksport ikoniknya bagi tahun 2018. Majlis keraian ini disambut memandangkan prestasi dagangan luar biasa yang dilaporkan oleh Malaysia dalam tempoh sebelas (11) bulan pertama pada tahun 2017, di mana jumlah nilai perdagangan, eksport, import dan baki perdagangan melepasi keseluruhan prestasi pada tahun 2016.
Majlis yang telah berlangsung di Menara MATRADE ini turut menandakan satu permulaan bagi sambutan Ulang Tahun MATRADE yang ke-25 dengan bertemakan 'Meraikan Ulang Tahun ke 25 Tahun Dalam Kecemerlangan Eksport'.
Pihak Berkuasa Peranti Perubatan turut hadir memeriahkan majlis dan membuka kaunter informasi bagi menyediakan maklumat dan menjawab sebarang pertanyaan daripada pihak industri.