WhatsApp_Image_2025-04-30_at_9.38.34_AM

Cyberjaya, 22 April 2025 – Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Smart Business Trips, Puan Yulia Kostevich, daripada Rusia, telah mengadakan lawatan kerja ke pejabat Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) bagi meneroka peluang menjalin kerjasama serta mengukuhkan hubungan antara negara Rusia dan Malaysia dalam sektor peranti perubatan.

Ketua Eksekutif MDA, Dr. Muralitharan Paramasua, menyambut baik dan menghargai usaha Puan Yulia dalam memperkembangkan industri peranti perubatan di ke dua-dua buah negara. Beliau turut menjemput Puan Yulia untuk menyertai acara antarabangsa anjuran MDA yang bakal berlangsung tahun depan, iaitu International Medical Device Expo & Conference (IMDEC) 2026 di Kuala Lumpur.

 

WhatsApp_Image_2025-04-30_at_9.38.34_AM_1

 

MDA menghargai kehadiran Puan Yulia dan menantikan peluang menjalin kerjasama dengan industri peranti perubatan di Rusia, dan begitu juga sebaliknya.

 

 

 

 

Dimuatnaik pada : 28 April 2025