Kuala Lumpur, 6 Januari 2025 – Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (Medical Device Authority – MDA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengadakan lawatan rasmi ke Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI) di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Lawatan telah ini diadakan bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam peranan MRANTI sebagai salah satu agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (Ministry of Science, Technology & Innovation – MOSTI) yang bertanggungjawab melaksanakan program-program di bawah dasar Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dalam mempercepatkan pembangunan dan pengkomersilan teknologi. Selain itu, lawatan ini juga membuka ruang untuk meneroka potensi kerjasama strategik antara MRANTI dan MDA dalam sektor peranti perubatan di Malaysia.

IMG-20250106-WA0028_-_TS._ZUBAIR_FARAMIR_BIN_ZAINUL_FADZIRUDDIN_MDA_-_Copy.jpg

 

Lawatan ini telah diketuai oleh YBrs. Puan Idamazura Idris@Harun bersama lapan pegawai dari Bahagian Dasar & Perancangan Strategik (DASAR) serta Bahagian Hubungan Antarabangsa & Industri (BHAI). Pegawai-pegawai dari Bahagian DASAR yang turut hadir ialah Puan Mariammah a/p Krishnasamy, Encik Amir Azfar Miskon, Puan Anis Suhaila Abdul Rahman Fuad, Cik Sofea Arina Hazmin, Cik Nur Syaza Mohamad Robani, Puan Husna Mohd Razali dan Ts. Zubair Faramir Zainul Fadziruddin. Manakala pegawai daripada BHAI diwakili oleh Ts. Mohd Shahrezza Sirun.

Sesi perbincangan telah dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Mohd. Hazwan Mohd. Daut, Head of Life Sciences, Ecosystem Division, bersama pasukannya yang berkongsi maklumat mengenai peranan MRANTI dalam menyokong inovasi teknologi, khususnya melalui inisiatif seperti National Technology & Innovation Sandbox (NTIS). Penerangan turut merangkumi program dan inisiatif lain yang disediakan bagi membantu penyelidik, pemain industri serta syarikat pemula (start-up) dalam usaha membawa produk peranti perubatan inovatif daripada peringkat penyelidikan ke pasaran. Wakil MRANTI yang turut hadir dalam sesi ini ialah Puan Madihah Ahmad Razae, Puan Nurul Nadhirah Abdullah, Encik Ian Ong Chun Hung, Encik Zul Fadhli Zainal dan Encik Ibnu Mohamed.

IMG_20250106_103355_-_TS._ZUBAIR_FARAMIR_BIN_ZAINUL_FADZIRUDDIN_MDA_-_Copy.jpg IMG_20250106_103321_-_TS._ZUBAIR_FARAMIR_BIN_ZAINUL_FADZIRUDDIN_MDA_-_Copy.jpg

 

Sepanjang sesi lawatan ini, pihak MDA juga membentangkan inisiatif yang sedang dirangka dalam usaha menggalakkan penyelidikan serta pengkomersilan dalam bidang peranti perubatan inovatif. MDA yakin bahawa kerjasama strategik dengan MRANTI dapat mempercepatkan pertumbuhan industri peranti perubatan negara, selari dengan usaha kerajaan dalam memajukan teknologi kesihatan inovatif serta meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat global.

Lawatan ini bukan sahaja memperkukuhkan hubungan antara MDA dan MRANTI, malah menjadi titik permulaan kepada kerjasama yang lebih erat dalam memacu inovasi dan memperkasa ekosistem industri peranti perubatan di Malaysia.

Disediakan oleh:
Unit Dasar & Regulatori
Bahagian Dasar & Perancangan Strategik
Pihak Berkuasa Peranti Perubatan