fas fa-search
MESYUARAT ASEAN MEDICAL DEVICE COMMITTEE (AMDC) KE-13 & ASEAN MEDICAL DEVICE TECHNICAL COMMITTEE (AMDTC) KE-14
10-13 September 2024 - Mesyuarat ASEAN Medical Device Committee (AMDC) kali ke-13 yang dipengerusikan oleh Cambodia, manakala Mesyuarat ASEAN Medical Device Technical Committee (AMDTC) kali ke-14 yang dipengerusikan oleh Vietnam telah diadakan di Yogyakarta, Indonesia. Negara anggota ASEAN yang telah hadir terdiri daripada Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Delegasi Malaysia daripada Pihak Berkuasa Peranti Perubatan, Malaysia (MDA) telah diketuai oleh Puan Aidahwaty Bt Ariffin@M.Olaybal (Pengarah Bahagian Kawalan Pra Pasaran (BKPP)) dan turut dihadiri Puan Norlela Bt Hatta@Antah (Pengarah Bahagian Hubungan Antarabangsa dan Industri (BHAI)) dan Encik Muhammad Marwan Bin Anoor (Penolong Pengarah BHAI).
Mesyuarat tahunan ini telah membincangkan perkara berkaitan kawalan peranti perubatan di peringkat ASEAN seperti 'Updates on Recent Developments on Economic Integration Initiatives in ASEAN', 'Report from AMDTC', 'Updates on the Implementation of ASEAN Medical Device Directive (AMDD)', ‘Additional Instruments to Supplement AMDD’, 'Technical assistance and Capacity Building Projects' dan 'Updates on Other International Fora'. Dari aspek pendekatan pengharmonian, terdapat pengesahan pengharmonian sebanyak 52 klasifikasi risiko peranti perubatan, 6 produk dalam kategori borderline, pengharmonian pelaksanaan AMDD dan pelaksanaan garis panduan Post Market Exchange Information yang diketuai Malaysia.
AMDC-APACMED Public-Private Forum turut diadakan bagi tujuan perkongsian kemaskini maklumat badan kawal selia peranti perubatan di kalangan negara ASEAN dan pembinaan kapasiti bagi ‘ Electronic Label’, ‘Electronic Instruction For Use’, ‘Digital Health’, ‘Software as Medical Device’ dan ‘Post Market Surveillance’.
Mesyuarat AMDC ke-14 dan AMDTC ke-16 yang seterusnya telah dijadualkan pada 9-12 Ogos 2025 di Cambodia.