PUTRAJAYA, 05 JANUARI 2024 – Sesi perbincangan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) bersama Yang Berhormat Menteri Kesihatan Malaysia (YBMK), YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad telah berlangsung di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. Sesi tersebut turut dihadiri oleh Ketua Eksekutif, YBrs. Dr. Muralitharan Paramasua bersama Pengerusi Anggota MDA, YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan dan Ahli Anggota MDA yang lain.

Objektif perbincangan diadakan adalah bertujuan sebagai sesi pengenalan MDA kepada YBMK dan melaporkan pencapaian MDA sepanjang tahun 2023. Antara agenda yang turut dibincangkan adalah perancangan MDA pada tahun 2024 dan Pelaporan Kewangan semasa MDA bagi tahun 2023.

 

YBMK  YBMK1

YBMK2  YBMK4