fas fa-search
BENGKEL LATIHAN PASCA PASARAN : PROSEDUR DAN PERATURAN
30 November 2023- Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) telah menganjurkan satu bengkel Latihan Pasca Pasaran :Prosedur dan Peraturan bertempat di Bilik Meranti, Bangunan MDA, Cyberjaya.
Objektif utama latihan ini adalah untuk memberi pendedahan berkaitan tanggungjawab pasca pasaran berdasarkan Akta 737 dan Peraturan-Peraturan Peranti Perubatan (Kewajipan Dan Obligasi Establismen) 2019 bagi memastikan pelaksanaannya mengikut jangkaan MDA dan mematuhi keperluan undang-undang yang telah ditetapkan.
Bengkel latihan ini disasarkan kepada semua establismen, pengeluar peranti perubatan, serta kumpulan profesional perubatan dan individu yang berminat. Seramai 75 orang peserta daripada pelbagai pemegang taruh dan pengeluar industri peranti perubatan telah hadir untuk sesi tersebut.
Para penceramah terdiri daripada pegawai-pegawai daripada Bahagian Pascapasaran dan Penguatkuasaan telah berkongsi maklumat serta memberi khidmat nasihat kepada semua peserta mengenai keperluan pengawasan pascapasaran. -Ammar Haziq