21 November 2023 - Sukacita dimaklumkan MDA telah mengadakan pertemuan bersama dengan World Health Organization (WHO) Lead Assessor, Dr Alireza bertempat di NPRA, Petaling Jaya bagi membincangkan mengenai hala tuju MDA ke arah Global Benchmarking Tools (GBT+MD).

Seramai 13 orang pegawai yang terdiri daripada pegawai BPP, BKPP, BHAI, DASAR dan Unit Undang-undang telah menghadiri pertemuan ini.

Pegawai-pegawai telah didedahkan dengan maklumat berkaitan latar belakang pembangunan GBT+MD oleh WHO. Pegawai juga turut mempelajari mengenai sistem atas talian yang digunakan sebagai platform untuk WHO menyelaras semua proses berkaitan dengan benchmarking GBT+MD kelak.

Menurut Dr. Alireza, WHO sedang dalam proses untuk memuktamadkan indikator GBT+MD dan WHO juga sedang menjalankan pilot GBT+MD ke atas dua negara. WHO mensasarkan indikator GBT+MD akan dapat dimukatamadkan pada Disember 2023 dan benchmarking GBT+MD akan mula dijalankan pada mulai Mac 2024. MDA juga turut dijemput untuk hadir ke virtual meeting GBT+MD anjuran WHO pada 6 Disember 2023.

 

64e9f0db-6764-4d74-8e68-7e7585188be8.jpg