KUALA LUMPUR – 13 September 2023: MDA dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia Balai Sentul telah mengadakan satu operasi serbuan ke atas sebuah syarikat di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur kerana disyaki telah mengedarkan peranti perubatan tanpa lesen yang sah di bawah Akta 737. Seramai 15 orang pegawai penguatkuasa MDA yang diketuai oleh Tengku Anis Shafinaz Bt Tengku Ab Rahman dan 2 anggota Polis Diraja Malaysia telah terlibat di dalam operasi tersebut.

Menurut Ketua Serbuan, MDA menerima aduan mengenai syarikat itu pada 6 Julai 2023 yang lepas. Hasil siasatan mendapati syarikat ini ialah establismen yang berlesen dengan MDA, telah mengedarkan peranti perubatan yang tidak berdaftar di dalam pasaran Malaysia. Seterusnya, MDA telah mengambil tindakan dengan menggantung lesen establismen terbabit dan mengeluarkan arahan untuk menghentikan sebarang pengedaran peranti perubatan serta-merta. Namun hasil daripada risikan susulan yang dijalankan pada 16 Ogos 2023 lalu mendapati syarikat ini telah gagal untuk mematuhi arahan tersebut.

Sehubungan itu, satu operasi serbuan telah dijalankan ke atas syarikat tersebut kerana disyaki telah melakukan pelanggaran di bawah Seksyen 25(1) Akta 737 iaitu meletakkan peranti perubatan di dalam pasaran semasa lesen establismen syarikat tersebut masih di dalam tempoh penggantungan di bawah Seksyen 22 Akta 737. Jika disabitkan kesalahan bagi pelanggaran di bawah Seksyen 25 Akta 737 ini, syarikat tersebut boleh dikenakan denda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Hasil daripada serbuan tersebut, MDA telah merampas sebanyak 27 kotak latex examination gloves, 33 kotak syringe without needle, 90 kotak blood lancet, 146 kotak wooden tongue depressor, 1 unit ultrasound gel, 1098 unit spandex crepe bandage, 3 kotak disposable needle dan 9 set dokumen di dalam premis. Anggaran nilai barangan rampasan adalah sebanyak RM 9,093. Kesemua barang rampasan ini akan dijadikan sebagai bahan bukti bagi meneruskan pendakwaan di bawah kesalahan Seksyen 25(1) Akta 737.

Walaubagaimanapun, pemilik premis memberikan kerjasama sepenuhnya dalam operasi ini. Orang awam dinasihatkan agar sentiasa menyemak status lesen establismen syarikat yang membekalkan peranti perubatan dan status pendaftaran sesuatu peranti perubatan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pembelian peranti perubatan. Hal ini bagi memastikan peranti perubatan tersebut selamat digunakan secara efektif dan tidak memudaratkan kesihatan.

 

 

IMG_100.png

 

 

IMG_101.png

 

 

IMG_103.png

 

 

 

 

IMG_104.png

 

IMG_105.png

 

 

IMG_106.png

 

 

IMG_107.png

 

 

IMG_108.png

 

IMG_109.png

 

 

IMG_1100.png

 

 

Dikemasini: 27 September 2023