fas fa-search
KURSUS TRANSFORMASI CEMERLANG MDA SIRI 3 2023
Johor – Kursus Transformasi Cemerlang MDA telah dianjurkan oleh Medical Device Authority (MDA) selama tiga hari dua malam di Hotel Lotus Desaru Beach Resort, Johor Kursus ini telah disertai oleh seramai 90 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan MDA.
Khidmat, hasil kerja dan integriti yang berkualiti dan cemerlang dalam sesebuah organisasi adalah sangat penting bagi memastikan pihak-pihak berkepentingan mendapat manfaat. Untuk mencapai tahap yang diharapkan ini modal insan yang berkualiti dan produktif amat diperlukan kerana hanya modal insan seperti ini sahaja yang berupaya menyumbang kepada perkhidmatan yang berkualiti dan mendorong kepada kecemerlangan organisasi.
Selain daripada itu, setiap warga kerja dalam organisasi tanpa mengira jawatan atau pangkat perlu dibina perpaduan dan persefahamannya demi kecemerlangan bersama. Oleh itu, Medical Device Authority mengambil inisiatif dengan menganjurkan Kursus Transformasi Cemerlang MDA sebagai kaedah yang berkesan bagi mencapai objektif untuk mengeratkan silaturahim antara kakitangan MDA.
Kursus ini menawarkan aktiviti dan permainan yang menarik bagi menjalin kerjasama, muafakat dan semangat berpasukan dalam kalangan peserta. Selain itu, permainan dan aktiviti kursus ini dapat menekankan budaya semangat bekerjasama dalam organisasi.
Kesimpulannya, memahami pentingnya menjadi satu pasukan yang kuat dapat mengukuhkan persefahaman antara satu sama lain. – Syamsul Akmal, MDA