27 Jun 2023 – Pengawasan pasaran telah dilaksanakan oleh Unit Pemantauan MDA baru-baru ini di sekitar Kijal, Terengganu bagi memantau keperluan pendaftaran peranti perubatan yang berada dalam pasaran. Selain itu, pengawasan pasaran ini juga bertujuan untuk memastikan peruncit memperoleh peranti perubatan daripada pembekal yang berlesen dan juga memupuk kesedaran awam terhadap tanggungjawab pengguna dalam memastikan kepatuhan sesuatu peranti perubatan terhadap Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737).

Pemeriksaan yang dijalankan di beberapa premis yang terdiri daripada farmasi dan klinik kesihatan mendapati bahawa terdapat 4 daripada 10 premis yang diperiksa tidak patuh dan gagal memenuhi keperluan Akta 737. Antara peranti perubatan yang disemak adalah Kit Ujian Kehamilan, Pelitup Muka Pembedahan, Termometer, Sarung Tangan Peperiksaan, Fever Cooling Patch, dan Medical Compression Stocking, dan lain-lain. Tindakan yang sewajarnya telah diambil terhadap premis-premis tersebut. Senarai peranti perubatan yang tidak berdaftar yang dijumpai semasa pemeriksaan boleh dirujuk di pautan https://portal.mda.gov.my/announcement/1170-peranti-perubatan-tidak-berdaftar-dalam-pasaran.html

Sehubungan dengan itu, orang awam dinasihati untuk lebih peka dengan memastikan peranti perubatan yang ingin dibeli di pasaran adalah berdaftar di bawah MDA. Butiran dan maklumat pendaftaran peranti perubatan boleh disemak melalui pautan https://mdar.mda.gov.my/

IMG_6802IMG_6794IMG_6807IMG_6829IMG_6853

IMG_6874IMG_6880IMG_6887IMG_6909IMG_6922