9 Mei 2023 – Pengawasan pasaran telah diadakan di sekitar Jempol, Negeri Sembilan. Tujuan pemeriksaan ini diadakan adalah untuk memantau kepatuhan peranti perubatan yang berada dalam pasaran di samping memupuk kesedaran awam terhadap tanggungjawab pengguna serta peruncit dalam memastikan kepatuhan sesuatu peranti perubatan.

Antara peranti perubatan yang disemak adalah HCG, Kerusi Roda, Alat Pengukur Tekanan Darah, Glukometer, Kondom, Peti Pertolongan Cemas, Sarung Tangan Pemeriksaan, Pelitup Muka, Termometer, dan lain-lain. Sebanyak 4 premis telah diperiksa dan 2 daripadanya didapati gagal memenuhi keperluan Akta 737. Tindakan yang sewajarnya telah diambil terhadap premis-premis tersebut. Senarai peranti perubatan yang tidak berdaftar yang dijumpai semasa pemeriksaan boleh dirujuk di: https://portal.mda.gov.my/announcement/1170-peranti-perubatan-tidak-berdaftar-dalam-pasaran.html

Sehubungan dengan itu, orang awam dinasihati untuk lebih peka dengan memastikan peranti perubatan yang hendak dibeli adalah berdaftar. Semakan pendaftaran peranti perubatan boleh disemak melalui pautan yang berikut: https://mdar.mda.gov.my/

 

1E2E3E

4E5E6E