fas fa-search
MAJLIS PERSARAAN YBRS. AHMAD SHARIFF BIN HAMBALI, KETUA EKSEKUTIF MDA
20 Januari 2023 – Satu majlis persaraan Yang Berusaha Encik Ahmad Shariff bin Hambali, Ketua Eksekutif MDA telah diadakan di Bilik Meranti, Aras 6 MDA. Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan beliau setelah berkhidmat selama 30 tahun selaku penjawat awam dan bersara wajib pada 24 Januari 2023.
Terima kasih di atas segala jasa bakti yang telah diberikan dan selamat menempuh alam persaraan. Semoga khidmat yang dicurahkan oleh beliau terus memberi manfaat kepada semua warga MDA dan kami ucapkan selamat bersara Encik Ahmad Shariff bin Hambali.
Semekar Budi,
Sejambak Memori,
Jasamu diingati,
kekal dihati.