KOTA BHARU, 9 Ogos 2022 – Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman di antara Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Timur (ECERDC) dan MDA telah berlangsung dengan jayanya di Mabna MBI, Kompleks Kota Darul Naim.

Majlis telah disempurnakan oleh Encik Ahmad Shariff bin Hambali, Ketua Eksekutif MDA dan YBhg. Dato' Baidzawi Che Mat, Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC dan disaksikan oleh YAB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri yang merupakan Pengerusi ECERDC.

Turut hadir menyaksikan majlis, YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Dato' Haji Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan; YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu; YAB Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang; YAB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor; YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara; dan pegawai- pegawai MDA dan ECERDC.

Objektif utama MoU ini ditandatangan adalah untuk menjalinkan kerjasama kedua-dua agensi dalam mengembangkan industri pembuatan peranti perubatan sebagai salah satu komponen industri di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Diharap dengan MoU yang ditandatangani ini ia dapat mengeratkan lagi kerjasama antara kedua - dua pihak dalam meningkatkan ekonomi negara khususnya industri peranti perubatan.

 

WhatsApp Image 2022 09 09 at 10.23.28 PMWhatsApp Image 2022 09 09 at 10.23.27 PMWhatsApp Image 2022 09 09 at 11.48.44 PMWhatsApp Image 2022 09 09 at 10.23.28 PM 1