fas fa-search
Functions
Peranan MDA
MDA berfungsi sebagai satu program kawal selia untuk memastikan kesihatan dan keselamatan orang awam selain isu-isu yang berkaitan dengan industri peranti perubatan. MDA akan memastikan ketersediaan peranti perubatan yang selamat dan berkesan serta mencegah kemasukan peranti perubatan yang sub-standard, tidak selamat dan tidak berkesan ke dalam pasaran. Dalam konteks perdagangan dan industri, MDA menyediakan persekitaran yang baik bagi pertumbuhan industri dengan kewujudan mekanisma bagi persaingan berdasarkan peraturan yang adil.
Pihak Berkuasa Peranti Perubatan juga menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk memudahkan sebarang transaksi di antara industry dan pihak Kementerian. Antara perkhidmatan yang disediakan oleh MDA adalah seperti berikut:
- Pendaftaran Peranti Perubatan
- Pendaftaran Badan Penilaian Pematuhan
- Pengeluaran Lesen Establismen
- Pengeluaran Sijil Penjualan Bebas & Sijil Pembuatan
- Latihan dan Program Kesedaran
Dengan penguatkuasaan Akta 737 dan Peraturan Peranti Perubatan 2012, fasa bidang peranti perubatan sebelum ini tiada undang-undang yang mengawal industri tersebut tetapi kepesatan kemajuan bidang ini telah berjaya menggubal undang-undang untuk mengawal industri peranti perubatan secara keseluruhannya.
MDA mensasarkan untuk menjadi titik tumpuan bagi industri peranti perubatan dan memastikan sistem berjalan lancar berpandukan Akta 738 dan Akta 737.