PENGUMUMAN PELAKSANAAN PENGGUNAAN LESEN ESTABLISMEN ELEKTRONIK SEPENUHNYA BERMULA 16 APRIL 2026
Pihak Berkuasa Peranti Perubatan [Medical Device Authority (MDA)] akan melaksanakan penggunaan sepenuhnya lesen establismen elektronik bermula 16 April 2026. Pihak establismen boleh memuat turun lesen establismen daripada sistem MeDC@St2.0+ setelah permohonan selesai (status: complete) dan bayaran fi lesen, sekiranya berkenaan, telah dijelaskan.
Bagi permohonan yang diluluskan sebelum 16 April 2026, establismen akan menerima lesen establismen fizikal seperti proses sedia ada dan dalam masa yang sama lesen establismen elektronik boleh dimuat turun daripada sistem MeDC@St2.0+. Establismen dikehendaki mengambil lesen establismen fizikal di pejabat MDA selepas 7 hari bekerja dari tarikh permohonan selesai (status complete). Bagi permohonan yang diluluskan selepas 15 April 2026, hanya lesen establismen elektronik akan dikeluarkan oleh MDA.
Sekian, terima kasih.
Pihak Berkuasa Peranti Perubatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia.
Tarikh muat naik: 20 April 2026