Dimaklumkan bahawa Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA), Kementerian Kesihatan Malaysia akan memberhentikan penerimaan bayaran melalui deraf bank (bank draft) berkuat kuasa 1 Oktober 2024, selaras dengan hasrat Kementerian untuk melaksanakan penerimaan bayaran secara atas talian (online) sepenuhnya. Pembayaran secara atas talian (online) boleh dibuat menggunakan perbankan internet / kad kredit melalui sistem Medcast 2.0+ dan sistem BayarNow

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila emel ke bayarnow@mda.gov.my. Semoga dengan adanya kemudahan pembayaran ini akan memudahkan urusan pembayaran dari para pelanggan. MDA sentiasa komited dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada para pelanggan.

Ketua Eksekutif

Pihak Berkuasa Peranti Perubatan

Kementerian Kesihatan Malaysia

23 September 2024