fas fa-search
KENYATAAN MEDIA: PANGGIL BALIK PRODUK GEL ULTRABUNYI JENAMA MYMEDIC (USG402-2306)
CYBERJAYA, 23 JULAI 2024 – Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) ingin memaklumkan bahawa satu arahan panggil balik terhadap produk gel ultrabunyi jenama MyMedic dengan nombor kelompok USG402-2306 telah dikeluarkan kepada syarikat MyMedic Innovation Sdn. Bhd.
Ini berikutan terdapatnya risiko keselamatan yang dikesan, iaitu gel ini tercemar Burkholderia cepacia complex (Bcc). Sumber pencemaran Bcc ini tidak dapat dipastikan dan syarikat telah menjalankan siasatan menyeluruh untuk menentukan punca pencemaran serta telah mengambil semua tindakan pembetulan yang diperlukan.
Pencemaran ini boleh menyebabkan jangkitan yang serius, terutamanya apabila gel terkena pada permukaan kulit yang terbuka, luka atau membran mukus. Keadaan ini akan menyebabkan risiko yang tinggi kepada pengguna dengan sistem imun yang lemah atau dalam keadaan kronik.
Susulan arahan panggil balik ini, semua pengguna hendaklah berhenti guna dan memulangkan produk bernombor kelompok USG402-2306 untuk dilupuskan oleh syarikat. Satu pemakluman juga telah dikeluarkan oleh syarikat kepada semua pengguna yang terlibat melalui notis panggil balik (Lampiran A).
Pengguna yang mempunyai sebarang pertanyaan dan memerlukan maklumat lanjut boleh merujuk kepada pegawai di MDA melalui pautan yang berikut : https://femes.mda.gov.my/
DR. MURALITHARAN PARAMASUA
Ketua Eksekutif
Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA)
23 Julai 2024