Sebut Harga adalah dipelawa kepada penyebut harga-penyebut harga yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia   dalam kod bidang seperti jadual di bawah bagi tawaran berikut:

BIL.

NO. SEBUT HARGA

BUTIR-BUTIR BEKALAN/PERKHIDMATAN

KOD BIDANG KEMENTERIAN KEWANGAN

TARIKH & TEMPAT   TAKLIMATSEBUT HARGA

1

MDA/SH/01/2023

Tawaran Sebut Harga Bagi Membekal Cenderamata Bagi Kegunaan Program Pihak Berkuasa Peranti Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

020601,

020604, dan 030201

 

(wajib berdaftar dalam kod bidang  di atas untuk menyertai sebut harga)

Tiada taklimat.

Penyebut harga yang ingin menyertai sebut harga ini hendaklah menunjukkan SIJIL ASAL PENDAFTARAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA dalam kod bidang seperti di atas dan SIJIL TARAF BUMIPUTERA (jika ada) yang dikeluarkan oleh KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA serta menyerahkan satu salinan (fotostat) sijil-sijil berkenaan semasa mendapatkan Dokumen Sebut Harga. Dokumen Sebut Harga akan diberikan nombor siri untuk tujuan pengawalan.

Dokumen Sebut Harga boleh didapatkan pada waktu pejabat dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang mulai 14 April 2023 (Jumaat) sehingga 28 April 2023 (Jumaat) di Pihak Berkuasa Peranti Perubatan, Aras 6, Prima 9, Prima Avenue II, Blok 3547, Persiaran APEC, 63000 Cyberjaya, Selangor. Walau bagaimanapun, Penyebut harga yang beminat menyertai tawaran sebut harga ini hendaklah membuat temu janji bersama urus setia terlebih dahulu melalui emel perolehan@mda.gov.my.

Dokumen Tawaran Sebut Harga yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dengan mencatatkan Tajuk dan No. Sebut Harga dan dihantar ke pejabat Pihak Berkuasa Peranti Perubatan, Aras 6, Prima 9, Prima Avenue II, Blok 3547 Persiaran APEC, 63000 Cyberjaya, Penyebut harga hendaklah mengemukakan Cadangan Sebut Harga sebelum atau jam 12.00 tengah hari pada tarikh tutup sebut harga iaitu pada 28 April 2023 (Jumaat). Tawaran sebut harga yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

Pihak Berkuasa Peranti Perubatan tidak terikat menerima Sebut Harga yang terdedah atau mana-mana tawaran atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran sebut harga. Semua perbelanjaan berkaitan dengan sebut harga ini adalah tanggungjawab penyebut harga sendiri.

Untuk paparan pdf sila tekan di pautan ini : Kenyataan sebut harga Pihak Berkuasa Peranti Perubatan 

 

 

Dimuatnaik: 14/4/2023